Erti Kehidupan Pada Membuat Pilihan...

Erti Kehidupan Pada Membuat Pilihan

Thursday, April 16, 2009

BUKU PERTAMA SAYA!!!


Assalamualaikum.


Untuk permulaan, saya ajak anda untuk berkongsi 'pemikiran/idea' saya menerusi buku pertama saya "ANDAI AKU AFFRINA" diterbitkan oleh GALERI ILMU S/B. Buku ini dikatagorikan sebagai siri novel motivasi remaja (Islam).
Idea untuk menulis datang dalam diri saya setelah saya perhatikan anak-anak remaja kita sekarang sangat suka membaca buku-buku novel. Pada masa yang sama, 'pendidikan akhlak secara langsung' samada menerusi buku-buku agama, CD dan sebagainya agak sukar menarik perhatian mereka. Harapan saya nilai-nilai muslim yang cuba saya terapkan secara tidak langsung dalam novel ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi persepsi mereka tentang hakikat kehidupan ini dan seterusnya memberikan semangat baru dalam apa jua yang ingin dicapai mereka.
Buku ini baru sahaja diterbitkan. Anda boleh mendapatkannya di Pameran Buku Antarabangsa di PWTC di Booth no.81 (Galeri Ilmu S/B) .
Harga RM18.00 tetapi anda boleh mendapat potongan harga jika mendapatkannya di booth Galeri Ilmu semasa pesta buku ini. Saya akan berada di sana pada 18hb. April jam 3.00 - 4.00 petang. Jika anda tidak berkesempatan mendapatkannya semasa pameran ini, dapatkannya nanti di kedai-kedai buku berhampiran anda.
Sehingga bertemu lagi,
Wassalam.


4 comments:

admin said...

Tahniah puan, semoga kelahiran 'anak sulung' ini membawa inspirasi untuk kelahiran karya-karya seterusnya.

Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri pada jalinan cerita dan mesej Islamnya. Semoga Allah memberkatinya dan meredhai puan.

nor hayati said...

Terima Kasih.

Unknown said...

tahniah...
dan salam kenal dari saya...

nor hayati said...

Terima kasih Pija

Selamat datang dan salam dari Pija saya sambut dengan dengan besar hati...